Sunday, 18 November 2012

Selamat Menyambut Maal Hijrah



Assalammualikum semua...
harap kepada pembaca sihat2 belaka...
syukur pada Ilahi kita dapat hidup pada hari ini...
syukur juga kita masih dikurniakan iman dan Islam..

Nampak nya setahun telah berlalu...
kita telah masuk ke dalam tahun yang baru...

Harap kita dapat "set" kan tahun ini azam kita...
dapat lah kita berhijrah ke pada yg lebih baik insya Allah...

Alhamdulillah pada tahun ini kami ahli-ahli badar telah membuat usrah bagi tingkatan 1 dan 2...
Usrah kami ini masih diperbaharui untuk menjadi satu usrah yang penuh dengan Ilmu2 yang berguna Insya Allah..

Selain itu, terdapat juga Tamrin iaitu kem ibadat yang diusahakan oleh Ustaz kami untuk ahli BADAR dan ahli Amal Islamic (AI) bagi mengentalkan semangat kami...

Pada bulan Ramadhan, kami telah membuat makan bersama2 untuk mengeratkan lagi ukhuwah kami...


DARIPADA KAMI

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH....


Sunday, 16 September 2012

Hujan Pembawa Rahmat

Assalamualaikum...
Alhamdulillah... Akhirnya bulan Syawal telah menutup tirainya untuk bulan ini dan masuklah bulan yang ke-11 iaitu bulan Zulkaedah...

Baiklah,
Untuk perkongsian ilmu pula,

dikopipes utk tetapan suma shbt
Berdoalah ketika hujan, jangan mencemuh dan mengeluh.

Kita dianjurkan untuk berdoa kepada Allah ketika hujan turun kerana ia sebahagian dari waktu yang mustajab. Antaranya:

Nabi bersabda yang bermaksud:

Ya Allah turunkanlah hujan yang bermanfaat (Hadis sahih riwayat Al Bukhari) .

Di dalam kitab al-Azkar, Imam an-Nawawi merekodkan kenyataan Imam Asy Syafie yang meriwayatkan sebuah hadith mursal di dalam kitab Al-Umm dari Nabi SAW :

“Tuntutlah doa yang mustajab ketika tentera sedang bertarung, ketika iqamat solat dilaungkan dan ketika hujan turun”.

Nabi bersabda lagi yang membawa maksud :

Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosakkan kami, Ya Allah, turunkanlah hujan di dataran tinggi, beberapa anak bukit, perut lembah dan beberapa tanah yang menumbuhkan pepohon. (Hadis shahih, riwayat Al Bukhari dan Muslim ).

Pengajarannya beradablah dengan Allah dan bersyukurlah dengan nikmat hujan.

" Ya Jadikanlah hujan ini bermanfaat untuk kami dan jauhkanlah kami dari mara bahayanya"





Semoga sahabat2 sekalian mendapat ilmu yang berguna & diamalkan InsyaAllah...


Sekian,


Assalamualaikum... :)

Wednesday, 15 August 2012

Ucapan :)

Asssalamualaikum teman-temanku..

Raya hanya tinggal beberapa hari lagi...
Semua menunggu takbir raya dilaungkan....
Semua sibuk membuat persiapan menyambut raya...
Tapi ingat !
Penuhkan amal-amal ibadah pada sepuluh malam terakhir ini...
Jangan dibiarkan terlepas begitu sahaja...

Pada kesempatan ini,
Kami Badar MRSM Muar 12/13 mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin...


p/s : Ucapan raya boleh dibuat di chatbox di sebelah kanan...



Sekian..

Saturday, 11 August 2012

Ramadhan akan pergi... Syawal kan tiba....

Assalamu'alaikum Teman....

apa yg kita tahu bahawa bulan yg mulia akan pergi dan bulan syawal akan tiba....
semoga kalian yg membaca blog ini sentiasa berzikir kepada Allah dan beribadat selalu...
Perbanyakkan ibadat kalian kepada Allah kerana kita ada 6 hari sekarang~
Bayangkan ..... 10 hari sebelum Syawal tiba .... Lagu raya dah bergema di radio....
Televisyen sudah mula menayangkan rancangan tentang raya....
perkhiasan2 mula menonjol... bunyi mercun sudah berbunyi...
takbir raya mula ditunggu-tunggu pada semua orang...

<<<<AYUH KITA MENGAMBIL PELUANG SEBELUM HABIS NYA RAMADHAN>>>>

Friday, 20 July 2012

Assalamualaikum :)

Assalamualaikum semua... :)


Ahlan wa sahlan ya Ramadhan
Selamat datang ya Ramadhan :)

`Ramadhan is coming... Someone is leaving...'

Selamat manyambut Ramadhan Al-Mubarak bagi tahun 1433 Hijrah/2012 Masihi
Selamat berpuasa !